KENAPA LELAKI CURANG

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”

Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan aku nak menyalahkan sesiapa cuma aku sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!

Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…Ada aku bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan aweknya sehingga membawa kepada kecurangan, nama dia ajim. “kata dia sbb dia curang,
kerana awek dia xpdai bergaya so dia jemu ?”

Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU CEPAT BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

Nasihat aku kepada kaum lelaki :

Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then aku pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.

Nasihat aku kepada kaum wanita :

Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…

Alright semua…so, apa pendapat anda pula?…adakah cara-cara lain yang boleh anda fikirkan untuk dikongsi bersama?…keluarkan apa yang anda rasa boleh membantu antara satu sama lain and let it out here.

rajinya dia membaca :D thnxs love ♥